LAMAN WEB RASMI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
PENGENALAN
Laman web Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru diwujudkan untuk menjadi pusat rujukan berkaitan Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru di samping menyalurkan pelbagai bahan yang berkaitan dengan subjek Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Menengah.
OBJEKTIF
Menjadi pusat rujukan khusus untuk pelbagai maklumat yang berkaitan dengan panitia Pendidikan Islam daerah Johor Bahru Menyalurkan maklumat terkini tentang aktiviti panitia kepada GPI daerah Johor Bahru untuk makluman dan tindakan segera
Menyediakan pelbagai bahan untuk kegunaan GPI dan pelajar ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti koleksi soalan, powerpoint dan e-book.
Menjadi tempat perbincangan di kalangan GPI bagi meningkatkan kualiti pengurusan panitia Pendidikan Islam di peringkat sekolah
Menyediakan pelbagai pautan laman web berkaitan dengan dunia pendidikan dan ilmu pengetahuan bagi manfaat GPI dan pelajar. Menyediakan peluang kepada GPI untuk berkongsi maklumat tentang aktiviti panitia sekolah masing-masing dan berkongsi bahan untuk manfaat bersama.
Menjadikan ICT sebagai wadah penyebaran ilmu yang cepat, tepat dan berkesan.
Meningkatkan martabat GPI dalam penggunaan ICT dan perintis kepada usaha mewujudkan laman web khusus untuk manfaat semua warga pendidikan.
|